
BiskutSelera.wordpress.com ialah pembekal biskut handmade cookies tanpa bermusim sepanjang tahun. Menggunakan bahan asas dari bahan Butter Tulen bagi menjaga dan mengekalkan kualiti produk ketahap terbaik. Produk yang kami bekalkan boleh bertahan selama 6 bulan tanpa terjejas kualiti rasanya. Website ini akan membantu menjimatkan masa dan tenaga anda dengan hanya membuat pesanan di hujung jari anda sahaja.
Tidak seperti handmade cookies yang lain,
akan menghantar pesanan anda terus ke rumah!
PENGHARGAAN
Kami diberi kepercayaan oleh pihak pengilang handmade cookies iaitu Perusahaan Zainab Jaya dari Simpang Renggam,Johor untuk menjadi agen pengedar bagi produk mereka. Kami berfungsi sebagai agen pengedar yang memastikan produk diedar dengan selamat dan memastikan pelanggan menerima produk tersebut dalam waktu segera.
Perusahaan Zainab Jaya adalah sebuah perusahaan yang menjalankan perniagaan kuih raya tanpa bermusim sepanjang masa dan setiap tahun. Perniagaan tersebut diusahakan oleh Pn.Zainab dan dibantu oleh Suaminya, En.Sahak dan anak perempuannya,Cik Syafinaz yang sentiasa komited dalam perusahaannya. Perusahaan Zainab Jaya telah berjaya menjadi Usahawan Contoh dan telah diiktiraf sebagai Usahawan Cemerlang diperingkat negeri Johor .
Dengan hasil usaha yang memberangsangkan ini, permis perniagaan beliau telah menjadi Pusat Persinggahan Tetap oleh pelancong terutama dari Singapura. Sambutan amat-amat menggalakan ini kerana beliau sentiasa komited dalam melayani setiap tetamu yang hadir dan sentiasa menjamu para pelancong dengan juadah makanan ringkas secara percuma. Strategi perniagaan beliau sentiasa menjadi contoh dan ikutan kepada pengusaha-pengusaha baru atau yang telah lama.
Perusahaan Zainab Jaya berjaya bukan kerana keramahannya semata-mata tetapi rangkaian produk-produk biskut raya buatannya sentiasa menambat hati kepada sesiapa yang telah merasainya. Kekuatan produknya yang sentiasa berkualiti menjadi tarikan utama selain harga yang ditawarkan. Kini, lokasi I.K.S Simpang Renggam menjadi tumpuan para pelancong untuk berbelanja sakan oleh kerana pencapaian cemerlang dari Perusahaan Zainab Jaya.
Oleh itu, dengan pencapaian sebegini hebat anda tidak seharusnya was-was dangan rasa dan kualiti kuih yang http://biskutselera.wordpress.com tawarkan kerana kami menjual dan mengedar produk Perusahaan Zainab Jaya yang sentiasa mendapat perhatian para pelancong yang sentiasa menyokong produk tempatan.
Foto dari Perusahaan Zainab Jaya,Simpang Renggam
foto sumber dari: Perusahaan Zainab Jaya.

Banyak Pilihan

Kerana Kualiti

Pilihan Sekeluarga

Pilihan Semua

Menjadi Tumpuan

Tetamu Disambut

Lawatan MB Johor

Khas Untuk Tetamu

Tak Menang Tangan

Saguhati

FOLLOWER