Biskutselera's Blog

Pembekal Aneka Biskut Dari Butter Tulen

Archive for the tag “biskut moden”

Selamat Datang

Kuih_Page1

BiskutSelera.wordpress.com ialah katalog handmade cookies dari Perusahaan Zainab Jaya tanpa bermusim sepanjang tahun untuk para pelanggannya yang jauh atau dekat. Menggunakan bahan asas dari bahan Butter Tulen bagi menjaga dan mengekalkan kualiti produk ketahap terbaik. Produk yang kami bekalkan boleh bertahan selama 6 bulan tanpa terjejas kualiti rasanya. Website ini akan membantu menjimatkan masa dan tenaga anda dengan hanya membuat pesanan di hujung jari anda sahaja.

Tidak seperti handmade cookies yang lain,

BiskutSelera.wordpress.com

akan mengutamakan kualiti 100% dalam pasaran!

PENGHARGAAN

Kami adalah pengilang handmade cookies atas nama Perusahaan Zainab Jaya dari Simpang Renggam,Johor yang merupakan pembuat, pembekal, dan pengedar produk IKS, biskut, kerepek, snek desa tanpa bermusim. Kami berfungsi sebagai One Stop Center yang memastikan produk diedar dengan selamat dan memastikan pelanggan menerima produk tersebut dalam waktu segera.

Perusahaan Zainab Jayaadalah sebuah perusahaan yang menjalankan perniagaan kuih raya tanpa bermusim sepanjang masa dan setiap tahun. Perniagaan tersebut diusahakan oleh Pn.Zainab dan dibantu oleh Suaminya, En.Sahak dan anak perempuannya,Pn. Syafinaz yang sentiasa komited dalam perusahaannya. Perusahaan Zainab Jaya telah berjaya menjadi Usahawan Contoh dan telah diiktiraf sebagai Usahawan Cemerlang diperingkat negeri Johor .

Dengan hasil usaha yang memberangsangkan ini, permis perniagaan beliau telah menjadi Pusat Persinggahan Tetap oleh pelancong terutama dari Singapura. Sambutan amat mengalakkan ini kerana beliau sentiasa komited dalam melayani setiap tetamu yang hadir dan sentiasa menjamu para pelancong dengan juadah makanan ringkas secara percuma. Strategi perniagaan beliau sentiasa menjadi contoh dan ikutan kepada pengusaha-pengusaha baru atau yang telah lama.

Perusahaan Zainab Jaya berjaya bukan kerana keramahannya semata-mata tetapi rangkaian produk-produk biskut raya buatannya sentiasa menambat hati kepada sesiapa yang telah merasainya. Kekuatan produknya yang sentiasa berkualiti menjadi tarikan utama selain harga yang ditawarkan. Kini, lokasi I.K.S Simpang Renggam menjadi tumpuan para pelancong untuk berbelanja sakan oleh kerana pencapaian cemerlang dari Perusahaan Zainab Jaya.

Oleh itu, dengan pencapaian sebegini hebat anda tidak seharusnya was-was dangan rasa dan kualiti kuih yang tawarkan mereka kerana Perusahaan Zainab Jaya sentiasa mendapat perhatian para pelancong yang sentiasa menyokong produk tempatan.

Foto dari Perusahaan Zainab Jaya,Simpang Renggam

foto sumber dari: Perusahaan Zainab Jaya.

Banyak Pilihan

Banyak Pilihan

Kerana Kualiti

Kerana Kualiti

Pilihan Sekeluarga

Pilihan Sekeluarga

Pilihan Semua

Pilihan Semua

Menjadi Tumpuan

Menjadi Tumpuan

Tetamu Disambut

Tetamu Disambut

Lawatan MB Johor

Lawatan MB Johor

Khas Untuk Tetamu

Khas Untuk Tetamu

Tak Menang Tangan

Tak Menang Tangan

Saguhati

Saguhati

Post Navigation

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.